Header Ads

test

ORANG RAMAI DINASIHATKAN MENJAGA SOP – HAJI SANUSI ALOR SETAR – Orang ramai yang berkunjung di bazar Ramadan diingatkan supaya ...


ORANG RAMAI DINASIHATKAN MENJAGA SOP – HAJI SANUSI ALOR SETAR – Orang ramai yang berkunjung di bazar Ramadan diingatkan supaya menjaga SOP dengan ketat bagi memastikan tiada penularan pandemik Covid-19 sepanjang bazar berlangsung. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga diri daripada menjadi pencetus COVID-19 ketika berada di bazar. "Saya berpesan kepada pengunjung-pengunjung bazar Ramadan untuk mengekalkan SOP, sentiasa jaga jarak, jangan berhimpun, peniaga-peniaga pakai apron dan pakai pelitup muka serta pengunjung perlu membuat pemeriksaan suhu di pintu bazar. "Supaya bazar Ramadan yang menjadi tempat mencari rezeki kepada peniaga di situ tidak terganggu dan tidak tersekat dengan menjadi kluster baru," ujar beliau kepada media di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau juga menegaskan berkaitan dengan penjagaan SOP di masjid akibat kluster tadarus yang muncul di Kedah baru-baru ini. "Aktiviti di masjid kena kekalkan SOP. Jangan terlalu bebas nak balik kepada norma lama dan amalkan norma baharu di masjid, surau, majlis buka puasa jangan lebih dari had yang dibenarkan," ujarnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #patuhisop #kitajagakita -UPDA 4/28/2021, 5:00:33 PM 

Tiada ulasan