Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BUKA PUASA SIK - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Masjid An-Nur Felda Teloi Timur semalam. Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan dari kerajaan negeri kepada 60 orang penerima yang layak. Sumbangan ini melibatkan Guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, bahagian pengurusan mandi jenazah, bomoh patah, serta penggali kubur. "Saya mengambil kesempatan ini, menyeru tuan, puan yang hadir untuk cakna dan beri perhatian yang serius kepada pendidikan anak-anak, supaya mereka boleh membaca Al-Quran dengan betul, kenal rukun Iman, rukun Islam, tahu mandi wajib. Inilah perkara asas yang akan digunakan sepanjang kehidupan ini. "Allahyarham Ustaz Azizan pernah berpesan, kita melahirkan orang baik, dia boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Sekiranya kita melahirkan orang jahat, kita pula terpaksa bersusah payah melantik pengawal keselamatan bagi menjaga orang jahat," demikian menurut Menteri Besar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #untukrakyat #MBPrihatin -UPDA 4/16/2021, 11:03:54 AM 

Tiada ulasan