Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TNB RAI KANAK-KANAK ISTIMEWA, ANAK YATIM POLIS KEDAH ALOR SETAR - Seramai 15 orang yang terdiri daripada balu-balu, anak yatim dan anak-anak istimewa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah menerima sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kesemua penerima diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Warga PDRM Kontinjen Kedah di Dewan Tunku Ibrahim, semalam. Acara penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dengan diiringi oleh Ketua Polis Kedah, CP Dato' Hasanuddin Hassan. Sejurus selesai majlis berbuka puasa, Haji Sanusi menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama warga Polis Kedah Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Brigedier Jeneral(B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kedah dan Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Pengurus Besar TNB Negeri Kedah, Wan Ishak Soed. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/24/2021, 12:08:15 PM 

Tiada ulasan