Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH SALUR RM955 RIBU KEPADA INSTITUSI AGAMA ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM955 ribu kepada 191 institusi pengajian agama yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigadier Jeneral (B) YB Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata, setiap sekolah akan menerima RM5,000 sebagai salah satu bentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh sekolah. "Diharapkan agar bantuan ini dapat digunakan sebaiknya untuk tujuan pengurusan operasi sekolah seperti membayar utiliti dan bukanlah bagi tujuan pembaikan, pembangunan, pembelian aset atau menaiktaraf sekolah," ujar beliau. Beliau nyatakan hal demikian di Majlis Penyerahan Bantuan Operasi dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengetua Sekolah-Sekolah Agama, Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon untuk menyampaikan amanah Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak dapat hadir, hari ini. "Diharapkan sekolah-sekolah agama di negeri ini dapat bergerak selari dengan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan. "Program-program berkaitan kemahiran juga diterapkan dalam Institusi Tahfiz dan Pondok melalui kolaborasi dengan institusi kemahiran seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain-lain," ujarnya lagi. Maklumnya, JHEAIK sedang berusaha ke arah mewujudkan satu program Kemahiran Pengurusan Masjid (TVET) kepada pelajar Tahfiz sebagai persediaan untuk memberi perkhidmatan di dalam pengurusan masjid. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/21/2021, 11:06:33 PM 

Tiada ulasan