Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


HAJI SANUSI MEMBUAT LAWATAN KE MADRASAH MUSTAFAWIYAH JITRA - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan ke Madrasah Mustafawiyah, Jitra semalam. Madrasah ini merupakan sebuah institusi ilmu dan dakwah yang telah diasaskan pada 13 April 2007. Lokasi madrasah ini terletak di Kampung Tanjung Kapor Kepala Batas, Kedah. Lawatan Haji Sanusi ini adalah untuk meninjau kawasan Madrasah dan menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Madrasah Mustafawiyah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis. Penghuni madrasah ini terdiri daripada pelajar tahfiz lelaki dan perempuan. Semua pelajar ini tinggal di asrama madrasah tersebut. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad dan Pegawai Khas Agama Menteri Besar Kedah, Syeikh Yusoff Ahmad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/19/2021, 2:30:00 PM 

Tiada ulasan