Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
JARINGAN NGO ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN SUKU KENSUI BALING - Pemantapan aqidah dan kekuatan moral sangat penting kepada masyarakat Orang Asli suku Kensui. ADUN Bayu, YB Nasir Idris berkata demikian ketika merasmikan Program Sinar Kasih Kita dan Program Penutup Pembangunan Jati Diri Orang Asli Lubuk Legong, semalam. Saya harap program sebegini perlu ada kesinambungan di masa hadapan supaya usaha murni ini dapat mencapai objektif yang terbaik kepada Orang Asli," ujar beliau ketika sesi penutup di program tersebut. Beliau yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, YB Dato' Siti Ashah Haji Ghazali merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), NGO Nur Fitrah dan NGO Generasi Kita Baling yang mengatur program supaya Orang Asli tidak ketinggalan dari aspek rohani dan pembangunan insan. Turut hadir, Pengarah YADIM Kedah, Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi NGO Generasi Kita Baling, Mohd Nazmi Abdul Ghani dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #adunbayubaling -UPDA 4/5/2021, 8:18:52 PM
Post a Comment