Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


FALSAFAH DARI SURAH AL BAQARAH AYAT 183 Dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah berfirman: " Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." 1. MATLAMAT YANG JELAS "... agar kamu bertakwa." Tujuan akhir yang akan diperolehi selepas berpuasa bulan Ramadhan adalah agar menjadi orang yang bertakwa. Begitu juga dalam berorganisasi, gerakerja secara kolektif perlu ada selari dengan matlamat yang hendak dicapai. 2. PROGRAM YANG KHUSUS "… diwajibkan ke atas kamu berpuasa …" Allah memerintahkan orang beriman berpuasa supaya untuk mencapai matlamat menjadi orang yang bertakwa. Bekerja mengikut jobskop di posisi masing-masing bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi. 3. KESINAMBUNGAN "… sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu …" Kesinambungan kerja perlu ada dalam menjayakan matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Meneruskan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh rakan seorganisasi sebelum ini agar sistem dan matlamat yang ditetapkan tidak tersasar. 4. SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN " Wahai orang yang beriman…" Allah memerintahkan kewajipan berpuasa dalam ayat 183 ini dikhususkan kepada orang yang beriman sahaja bukannya kepada seluruh umat manusia. Pelaksanaan sesuatu pekerjaan harus dilakukan oleh orang memiliki kelayakkan dan kecekapan bersesuaian dengan tugas. Kesilapan meletakkan seseorang di suatu posisi akan mengakibatkan pekerjaan menjadi terbengkalai dan matlamat organisasi yang telah digariskan tidak tercapai. AF Ustaz Nurul Amin Abd Hamid Kuliah Zohor Ramadan #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #tazkirahramadhan -UPDA 4/23/2021, 4:34:32 PM 

Tiada ulasan