Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TIMBALAN MENTERI RAI PENGAMAL MEDIA ALOR SETAR – Wartawan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan berita yang benar kepada masyarakat. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, wartawan perlu ada prinsip untuk tidak memutar belit fakta agar menjadi ejen rujukan yang dapat memberi kefahaman dan menyatupadukan rakyat. "Media harus sentiasa berusaha menjadi agen rujukan yang dapat memberi pencerahan, kefahaman kepada rakyat," ujar beliau. Beliau berkata demikian di Majlis Tautan Kasih dan berbuka puasa bersama para pengamal media di Raia Hotel Convention Centre, baru-baru ini. Majlis ini merupakan anjuran Pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan kerjasama Kelab Media Elit Kedah (KMEK). Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salin serta Presiden KMEK, Kumaran Rajamoney. Beliau juga menyeru supaya para wartawan menjadikan media sebagai platform dakwah yang membawa kebaikan dan manfaat melalui penulisan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/22/2021, 9:49:42 AM 

Tiada ulasan