Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


74 PERMOHONAN BANTUAN KHAS PESAKIT TERLANTAR APRIL LULUS ALOR SETAR – Sebanyak 74 permohonan Bantuan Khas Pesakit Terlantar (BKPT) diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM17,200 bagi bulan April 2021. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Mesyuarat BKPT Peringkat Negeri Kedah bil 3 tahun 2021, semalam. BKPT telah diperuntukan sebanyak RM2 juta iaitu sebanyak RM500 bagi setiap empat penggal setahun oleh Kerajaan Negeri Kedah. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima Bantuan Pesakit Kronik Terlantar & Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedia ada. Kadar bantuan terbahagi kepada tiga iaitu RM100 bantuan peralatan sokongan, RM200 bantuan pembelian lampin pakai buang dan RM300 bantuan pembelian susu. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan keluarga, menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga dan membantu memelihara institusi kekeluargaan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #ybkakton -UPDA 4/22/2021, 2:10:29 PM 

Tiada ulasan