Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


AYER HANGAT VILLAGE TARIKAN PELANCONGAN BARU LANGKAWI LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan DXN Agrotech Sdn. Bhd melaksanakan penjenamaan baru iaitu Ayer Hangat Village bagi menarik minat pelancong datang ke Pulau Langkawi. Hal ini berikutan dengan rekod yang dilaporkan penurunan kedatangan pelancong ke Langkawi akibat pandemik COVID-19. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, inisiatif yang telah dilaksanakan dikenali sebagai Domestic Travel Bubble kini mendapat sambutan baik dengan memperkenalkan Pakej Hujung Minggu. "Kita semua maklum Langkawi merupakan destinasi percutian sepanjang tahun. Oleh itu, bagi meneruskan kelangsungan industri pelancongan di Langkawi, tumpuan harus diberikan kepada pelancong tempatan dengan menawarkan pakej-pakej menarik pada hujung minggu dan juga cuti umum," ujar beliau ketika majlis Perasmian Ayer Hangat Village hari ini. Haji Sanusi berharap kerjasama ini dapat menjadi penanda aras dan pemangkin usahasama agensi awam dan swasta dalam memperkasa industri pelancongan di Langkawi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/2/2021, 7:00:46 PM 

Tiada ulasan