Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TNB SUMBANG BANTUAN CKS SIK – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi Sumbangan Bantuan Kelengkapan Sekolah melalui Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB tahun 2021 kepada 3950 pelajar untuk seluruh negeri Kedah. Pengurus Besar TNB (Pulau Pinang,Kedah,Perlis), Ir Azmi Md Yusof menyerahkan 'mock cheque' bagi negeri Kedah dan Dun Jeneri kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Dun Jeneri semalam. Seramai 200 orang penerima yang layak diberikan kepada Dun Jeneri. Menurutnya, sumbangan tersebut diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli Parlimen atau pemimpin masyarakat. Sementara itu, Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri menzahirkan ucapan terima kasih kepada TNB atas sumbangan tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 4/5/2021, 12:00:00 PM 

Tiada ulasan