Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


INTIPATI KULIAH ZOHOR RAMADHAN 1442H Disampaikan oleh: Timbalan Mufti Negeri Kedah, SF Dato Syeikh Abdullah Awang Sa (29 April 2021) 1. Hari ini adalah 17 Ramadhan dan sudah menjadi kelaziman penduduk seluruh dunia setiap kali menjelang malam 17 Ramadhan kita akan mengadakan sambutan agar sama-sama memikirkan dan mengingati penurunan Al Quran. 2. Lebih 30 tahun saya bersama institusi Islam negeri Kedah, tahun inilah pertama kali dianjur kuliah sebegini oleh pihak Pejabat Menteri Besar Kedah. 3. Hidup ada bermasalah dan adakalanya tiada bermasalah kerana lumrah ciptaan Allah adalah berpasang-pasangan. Ada yang sihat, ada yang sakit, ada yang kaya lawannya miskin, ada yang senyum (gembira) lawannya sedih. 4. Nabi tidak memikirkan nasib hidupnya sebaliknya memikirkan nasib umatnya dan Baginda Nabi yang rahmah dan disiram nilai rahmah yang cukup banyak dalam dirinya. Bahkan seluruh makhluk merasakan rahmah pada diri Baginda SAW. 5. Nabi di saat kewafatan baginda masih berpesan peliharalah solat dan mengeluh ummati ummati tanda kasih Baginda SAW. 6. Allah berfirman dalam Al Furqan ayat 30, وَقَالَ الرَّسُوۡلُ يٰرَبِّ اِنَّ قَوۡمِى اتَّخَذُوۡا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ مَهۡجُوۡرًا Dan Rasul (Muhammad) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini diabaikan." 7. Ini keluhan baginda yang terakam dalam al Quran. 8. Nabi juga berpesan, sabda Rasulullah SAW: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ؛ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا Maksudnya: Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia. Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056) dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881). 9. Fitnah ini adalah bala dan sehingga kini kita masih hidup serta menjalani kehbidupan dalam keadaan diuji iaitu wabak covid. 10. Abdullah bin Masud RA semasa menziarahi Rasulullah saat Nabi gering, Nabi berpesan bahawa Baginda meninggalkan (waizhoini) dua penasihat kepada kalian naatiqun (boleh berbicara) dan soomitun (yang bisu). Yang naatiqun iaitu Al Quran (yang dibaca dan disebut itu Kalam Allah). 11. Ada huruf muqotaat yang maknanya dirahsiakan Allah seperti كهيعص walaupun ada ulama menafsirkannya namun yang mathur menyatakan tiada diketahui maknanya melainkan Allah dan Rasul. 12. Kitab boleh bertabaruk denga ayat al Quran walaupun kita tidak faham maknanya cuma perlulah jaga kemuliannya. 13. Hakikatnya ramai umat Muhammad hari ini tidak membaca al Quran. 14. Kita mengeluh atau mengadu kepada Allah Taala kerana Allah mendengar dan menjawabnya. Bila kita baca Fatihah alhamdulillahirabbil alamin, Allah seraya menjawab Hamidani abdi (aku dipuji hambaku). 15. Bila kita mengeluh, sebenarnya Allah sediakan jawapan sejak awal lagi iaitu اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ يُّتۡرَكُوۡۤا اَنۡ يَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَـنُوۡنَ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? ( Al Ankabut ayat 2). 16. Bala dicipta kepada kita di muka bumi agar kita bertaubat kepada Allah Taala. 17. Jangan jadi seperti himar yang tidak tahu kenapa ia ditambat pada tali seolah kita tidak tidak tahu kenapa kita diciptakan. 18. Firman Allah tentang perkara ujian yang tidak kita ketahui وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ….. "…. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216). 19. Allah cipta kita maka Allah tahu mana terbaik untuk kita. Kita tidak tahu hikmah-hikmahnya. 20. Allah uji kita juga berdasarkan keupayaan dan kemampuan kita sahaja. Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahawa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286). Jadi jangan bersedih. 21. Mari kita bersama mengamal semua saranan al Quran dalam kehidupan kita. Perlu kita berinteraksi dengan Al Quran . Al Quran akan menghibur kita di dunia, barzakh, Mahsyar dan seterusnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/30/2021, 8:00:22 PM 

Tiada ulasan