Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


450 SUKARELAWAN DAERAH KULIM TERIMA SUMBANGAN RAMADAN KULIM – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima di Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Kenari, semalam. Antara penerima sumbangan ini adalah guru al-Quran, penggali kubur, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan mudim. Maklum beliau lagi, sumbangan ini diberikan kepada 450 penerima seluruh Kulim. Namun berikutan SOP ketat yang ditetapkan, hanya 150 penerima yang diraikan dalam majlis ini. "Sumbangan ini merupakan suatu bentuk penghargaan daripada kerajaan kepada orang yang terlibat dengan kerja-kerja sukarela. Kerja sukarela ini tidak mengharapkan gaji. "Kerja-kerja sukarela ini yang mencelikkan anak-anak muda untuk belajar baca al-Quran dan akan meninggalkan pahala yang sangat banyak. Kerja-kerja sukarela ini kita beri penghargaan supaya orang ramai pakat berlumba-lumba untuk buat kebajikan. Hadir sama, ADUN Lunas, YB Azman Nasrudin, ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dr. Haji Nadzman Haji Mustafa dan Pegawai Daerah Kulim, Haji Abdul Bari Abdullah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #sumbanganramadhan -UPDA 4/29/2021, 3:00:00 PM 

Tiada ulasan