Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


HINDARI BUDAYA BODEK DI TEMPAT KERJA – HAJI SANUSI ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meminta semua penjawat awam untuk tidak mengamalkan budaya membodek di tempat kerja. Beliau berkata, kakitangan kerajaan perlu mengambil sikap peduli dan berterus terang jika mempunyai masalah supaya dapat disegerakan langkah pemulihan terutamanya perkara yang membawa agenda kerajaan. "Saya mengingatkan bahawa dalam pekerjaan, kita jangan jadi pembodek yang hanya tahu menggembirakan hati ketua dan dalam masa yang sama, kita sembunyikan 'sampah di bawah permaidani'. "Dalam melaksanakan amanah ini, jangan letak hiasan-hiasan untuk melindungi kekurangan dan kelemahan. Jangan lindungi kudis dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepada rakyat kerana kelak, apabila ia sudah bernanah, akan berbau juga'," ujar beliau ketika Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambah Haji Sanusi lagi, pekerjaan yang dilaksanakan mempunyai hubung kait dengan gaji yang diterima setiap bulan. "Dalam soal gaji, jangan pandang pada angka tetapi keberkatan yang dibawa daripada apa yang kita laksanakan. Itu yang sebenarnya memberi nilai dan makna dalam kehidupan kita," ujar beliau lagi. Beliau juga menyeru semua penjawat awam agar membantu rakan-rakan yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 ini. "Saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk sematkan peringatan dalam hati sanubari kita kemahuan untuk berkongsi kesukaran mereka. "Pedulikan sama ada kita kenal atau tidak mereka yang perlu kita bantu, dan anggaplah mereka saudara kita sendiri yang sedang diuji bak kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit"," katanya lagi. Beliau juga memaklumkan, pada 20 Jun 2021 akan diadakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-79. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #PenjawatAwam -UPDA 4/8/2021, 1:30:34 PM 

Tiada ulasan