Header Ads

test

RM200 000 PERUNTUKAN NAIK TARAF SISTEM AIR MASYARAKAT Sistem Air Masyarakat ialah sistem air alternatif yang diusahakan oleh ma...


RM200 000 PERUNTUKAN NAIK TARAF SISTEM AIR MASYARAKAT Sistem Air Masyarakat ialah sistem air alternatif yang diusahakan oleh masyarakat tempatan bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi. Sistem ini diasaskan berikutan kawasan penempatan yang berada di topografi yang agak tinggi (pedalaman berbukit) menyebabkan selalu berlaku masalah bekalan air bersih dari syarikat konsesi air negeri. Sistem ini berjalan baik secara gotong-royong oleh penduduk bagi menyediakan kolam takungan air bukit, pemasangan paip ke rumah dan proses penyelenggaraan berkala. Justeru, kerajaan prihatin dalam membantu kumpulan masyarakat yang terlibat menggunakan Sistem Air Masyarakat ini untuk membaiki dan menaik taraf fasilitinya demi keselesaan pengguna. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/8/2021, 12:00:01 PM 

Tiada ulasan