Header Ads

test

PINDAAN ORDINAN DARURAT BANTU KERAJAAN PERANGI COVID-19 ALOR SETAR - Kedah belum mempunyai keperluan mendesak untuk membuat baj...


PINDAAN ORDINAN DARURAT BANTU KERAJAAN PERANGI COVID-19 ALOR SETAR - Kedah belum mempunyai keperluan mendesak untuk membuat bajet tambahan menggunakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(Pindaan) 2021 yang diluluskan Rabu lalu. Ordinan tersebut membolehkan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa kelulusan dari Dewan Rakyat dan Dun Undangan Negeri. "Pada masa ini belum ada keperluan apa-apalah di peringkat negeri Kedah ni. Hasrat buat bajet tambahan belum lagi," ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selepas majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM di Auditorium Kedahfm, semalam. Beliau memaklumkan bahawa kuasa yang diperturunkan oleh Yang di-Pertuan Agong ini amat penting untuk memudahkan Kerajaan Persekutuan mahupun negeri yang memerlukan dana tambahan bagi tujuan perbelanjaan memerangi COVID-19 berikutan masih dalam tempoh darurat. "Dalam bajet 2021, kita telah memasukkan angka-angka anggaran pendapatan dan anggaran perbelanjaan untuk kita jalani tempoh ini. Walaupun begitu, kita tak dapat nak jangka sebenarnya akan berlaku kerana kita menghadapi COVID-19. Akan ada keperluan tertentu yang perlukan dana tambahan. Kita kena cari duit tambahan, kita kena belanja untuk satu tujuan yang tidak dapat dijangkakan," ulas Menteri Besar. Beliau turut memaklumkan ordinan itu tetap tidak membuka ruang berlaku penyalahgunaan kuasa kerana peraturan kewangan kerajaan sangat ketat. "Tak ada masalah (kelulusan ordinan) kerana peraturan kewangan kerajaan ni sangat ketat. Tak boleh sewenang-wenangnya. Ia ada prosedur dan melibatkan audit dalam serta audit luar, ada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tak ada ruang untuk berbuat sembarangan" tegas beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/2/2021, 10:00:13 PM 

Tiada ulasan