Header Ads

test

7000 BAKUL MAKANAN DI PKOB KOTA SETAR, KUBANG PASU ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan bernilai RM700 ribu bagi ...


7000 BAKUL MAKANAN DI PKOB KOTA SETAR, KUBANG PASU ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan bernilai RM700 ribu bagi penyediaan bakul makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, 2000 bakul makanan ada diedarkan di Kubang Pasu dan 5000 lagi di Kota Setar. "Bakul makanan ini kita beri kepada golongan yang betul-betul memerlukan, yang ada wang belanja dan ada peruntukan di waktu sukar ini, gunalah duit sendiri. "Bagi yang betul-betul tidak mampu, kerajaan sediakan bakul makanan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)," ujar beliau kepada media selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambah beliau lagi, kerajaan juga mengalami kekurangan kutipan hasil akibat COVID-19. Menteri Besar menyeru agar rakyat Kedah membuat bayaran hasil tanah secara atas talian melalui aplikasi iBayaq. Kutipan hasil tersebut akan digunakan untuk kepentingan rakyat dalam mendepani Covid-19 dan demi kelancaran pentadbiran kerajaan. Beliau turut memaklumkan penutupan Wisma Darul Aman berkuat kuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021 kecuali beberapa jabatan penting. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/19/2021, 7:00:55 PM 

Tiada ulasan