Header Ads

test

Ringkasan Sidang Media Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (19 Mei 2021) 1. Kapasiti ICU di Hospital Sultanah Bahi...


Ringkasan Sidang Media Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (19 Mei 2021) 1. Kapasiti ICU di Hospital Sultanah Bahiyah sudah mencecah 92 peratus berikutan peningkatan kes positif akibat penyebaran varian baru COVID-19. Justeru kerajaan menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Dewan Al-Farabi, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Kedah. Dewan Al-Farabi dipilih menggantikan Dewan Wawasan, Jitra yang mempunyai masalah prasarana dan mengambil masa yang panjang untuk diperbaiki. 2. MB saran amalkan 'self lockdown' bagi memutuskan rantaian COVID-19 atas rasa tanggungjawab diri tanpa perlu pengawalan dari pihak berkuasa seperti yang berlaku di Bandar Taipei, Taiwan. 3. Kerajaan negeri meluluskan syiling bajet RM700 ribu bagi bakul makanan khusus kepada penduduk yang amat memerlukan dan terjejas berikutan PKPD. 2000 bakul makanan untuk PKOB Kubang Pasu manakala 5000 bakul makanan untuk PKOB Kota Setar. 4. MB seru rakyat membayar cukai tanah dan hasil bagi memastikan kestabilan pendapatan negeri untuk memastikan pentadbiran, kemudahan prasarana awam dan kebajikan rakyat berjalan lancar. Pembayaran cukai tanah boleh dibuat diatas talian melalui sistem iBayaq sekiranya Pejabat Tanah ditutup atau tidak beroperasi. 5. Wisma Darulaman ditutup kecuali operasi beberapa jabatan penting. Setiausaha Kerajaan Negeri akan maklumkan jabatan yang ditutup sementara dan yang bekerja dari rumah (BDR). 6. MB berharap program vaksinasi dilipat gandakan di beberapa daerah yang kritikal seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim. 7. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diminta bertindak sebagai frontliner membantu kerajaan negeri yang bertugas memberi nasihat kepada orang ramai dan membantu usaha mengekang penularan Covid-19. 8. Tahniah kepada PAS Kedah atas sumbangan RM1.57 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin, Aid4Palestine. MB turut menyeru semua parti politik, NGO dan individu perseorangan bagi sama-sama menyumbang kepada tabung Aid4Palestine sebagai tanda sokongan kepada warga Palestin yang ditindas. 9. Sebuah pelabuhan bakal dibina di Pulau Bunting. MB telah mendapat maklumat ringkas berkaitan cadangan tersebut dalam panggilan telefonnya bersama Menteri Pengangkutan,YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. Beliau turut menubuhkan memohon penubuhan satu jawatankuasa pihak berkuasa pelabuhan sendiri bagi mengawal selia pelabuhan tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/19/2021, 9:00:18 PM 

Tiada ulasan