Header Ads

test

HARI PENYU SEDUNIA 23 Mei disambut sebagai Hari Penyu Sedunia di kebanyakan negara. Penyu adalah haiwan yang seringkali dikaitk...


HARI PENYU SEDUNIA 23 Mei disambut sebagai Hari Penyu Sedunia di kebanyakan negara. Penyu adalah haiwan yang seringkali dikaitkan dengan kehidupan yang dikurniakan umur panjang serta pelbagai cerita mitos masa lalu. Hari ini, penyu merupakan antara haiwan yang menjadi tarikan pelancong di kawasan perairan Malaysia. Namun, beberapa masalah seperti penangkapan penyu dan telurnya bagi tujuan komersial serta pembuangan sampah di pantai menyebabkan populasi penyu saban tahun semakin berkurang dan merubah sistem eko marin di Malaysia. Justeru itu, sambutan Hari Penyu Sedunia ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman yang boleh mengorbankan penyu sekiranya kawasan pembiakan haiwan laut ini berterusan diancam dan tidak dijaga. Hari peringatan ini juga salah satu usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perlindungan dan pemeliharaan penyu serta kawasan pembiakannya. Lindungilah ciptaan Tuhan ini dengan menjaga kebersihan pantai-pantai kita. Pantai yang bersih melestarikan kehidupan eko marin. Selamat Hari Penyu Sedunia! #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/23/2021, 5:24:04 PM 

Tiada ulasan