Header Ads

test

KEDAH SUMBANG RM200 RIBU KEPADA TABUNG AID4PALESTINE ALOR SETAR - Penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin akibat penindas...


KEDAH SUMBANG RM200 RIBU KEPADA TABUNG AID4PALESTINE ALOR SETAR - Penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin akibat penindasan zionis mendapat perhatian ramai rakyat di Malaysia. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor sumbangan dari Kerajaan Negeri Kedah bernilai RM200 ribu itu adalah atas dasar kemanusian dan agama terhadap warga Palestin. "Sumbangan itu atas dasar kemanusian. Manusia yang sihat akal fikiran perlu menyalakan obor kemanusian dan simpati di mana-mana belahan dunia yang gelap dengan kemanusian dan keadilan seperti kezaliman yang berlaku di Palestin sejak 73 tahun yang lalu," ujarnya ketika sesi ucapan secara langsung di Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Aid4Palestine, semalam. Katanya, penindasan ini turut membuka mata semua agensi sama ada dari parti, NGO dan saluran kerajaan negeri. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #setahunpentadbiranMBKedah -UPDA 5/23/2021, 7:00:55 PM 

Tiada ulasan