Header Ads

test

KUARANTIN DIRI JIKA BERGEJALA ALOR SETAR – Individu yang mengalami gejala tidak sihat dinasihatkan untuk mengelakkan diri darip...


KUARANTIN DIRI JIKA BERGEJALA ALOR SETAR – Individu yang mengalami gejala tidak sihat dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat yang melibatkan orang ramai. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penularan kes COVID-19 di Kedah berpunca daripada sikap penting diri rakyat yang mempunyai gejala namun tidak kuarantin diri di rumah. Beliau juga mengulas tentang kebenaran untuk membuka semula bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri setelah mempertimbangkan kerugian yang bakal dialami oleh para peniaga. "Saya minta kerjasama daripada penganjur dan pihak berkuasa yang mengendalikan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP. "Dengan keputusan pembukaan sektor ekonomi ini, kita (kerajaan negeri) mengambil risiko yang sangat berat untuk membenarkan pembukaan bazar ini. Diminta pengunjung dan peniaga berkerjasama mematuhi SOP, pakai pelitup muka, ambil suhu sebelum masuk dan jaga penjarakkan satu meter," ujarnya kepada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Maklum beliau, permohonan bagi melanjutkan tempoh pembukaan bazar sehingga 12.00 malam akan disuarakan pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini. Beliau turut menasihatkan perniaga restoran untuk mematuhi SOP dengan tidak melaksanakan Perkhidmatan Penyajian Makanan (Dine-In). "Dine-in ni ada risiko. Kita ambil risiko yang maksimum dah. Berniaga boleh, tapi bungkuslah, makanlah di rumah," katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kitajagakita -UPDA 5/5/2021, 3:00:05 PM 

Tiada ulasan