Header Ads

test

Pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membawa gagasan 'Kedah Sejahtera Nikmat, Ni...


Pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor membawa gagasan 'Kedah Sejahtera Nikmat, Nikmat Untuk Semua'. Gagasan ini berpaksi kepada enam teras yang menjadi pemacu utama misi mensejahterakan rakyat. Enam teras tersebut ialah Al-Huriyah (Bebas), Al-Adalah (Adil), Al-Salamah (Selamat), Al-Mai'yah (Bersama), Al-Insijam (Harmoni), Al-Numuw wa al-Barakah (Makmur). Teras 1: Al-Hurriyyah (Bebas) – Kebebasan semua pihak untuk mengeluarkan pandangan dan melakukan tindakan yang boleh membawa kebaikan kepada negeri dan warganya. Kebebasan warga Kedah daripada pelbagai belenggu duniawi terutamanya belenggu kemiskinan dan kejahilan. Teras 2: Al-'Adalah (Adil) – Keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama, status mahupun warna kulit untuk merasai nikmat kesejahteraan yang diperoleh dalam negeri. Perlembagaan dan undang-undang dijunjung, peraturan dan adat tradisi mulia disanjung. Teras 3: As-Salamah (Selamat) – Keselamatan daripada anasir subversif dari luar sempadan negeri dan negara. Keamanan daripada ancaman jenayah, penyakit dan perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam. Teras 4: Al-Ma'iyyah (Bersama) – Kebersamaan pemimpin dan rakyat, bekerja dan berpadu tenaga membawa Kedah menuju jaya. Kebersamaan seluruh warga Kedah untuk mengharungi susah senang kehidupan demi kebaikan untuk semua. Teras 5: Al-Insijam (Harmoni) – Keharmonian hubungan antara masyarakat pelbagai kaum yang saling hormat menghormati dan bertolong bantu untuk membina dan membawa negeri menuju kemajuan dan kecemerlangan. Teras 6: Al-Numuw wa al-Barakah (Makmur) – Pembangunan dan kemajuan yang holistik meliputi pembangunan maddi (ekonomi dan infrastuktur) dan insani (jasmani, rohani, emosi dan intelek). Pembangunan ilmu, sains, teknologi dan inovasi diiringi keberkatan dan kasih saying daripada Allah dengan pembangunan dakwah serta sahsiah seluruh warga Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #setahunpentadbiranmbkedah -UPDA 5/18/2021, 12:48:59 PM 

Tiada ulasan