Header Ads

test

GENAP SETAHUN PENTADBIRAN HAJI SANUSI ALOR SETAR - Pentadbiran kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Haji Muhamm...


GENAP SETAHUN PENTADBIRAN HAJI SANUSI ALOR SETAR - Pentadbiran kerajaan Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor genap setahun hari ini. Haji Sanusi berkata, amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan selama setahun ini merupakan gandingan hebat semua Ahli Majlis Kerajaan, pegawai kerajaan dan semua kakitangan kerajaan. "Tanggungjawab Menteri Besar (MB) adalah amanah yang tersangat besar. Tidak mungkin dapat dilaksanakan seorang diri. Kena ada kerjasama satu pasukan yang kuat. Daripada para pegawai kerajaan, agensi awam negeri dan persekutuan, nasihat yang berterusan daripada Ke Bawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan dan semua orang. Jadi kita kena ada satu pasukan secara langsung atau tidak langsung untuk laksanakan tugas sebagai MB," ujar beliau ketika siaran langsung Hello YB di siaran radio LangkawiFM pagi tadi. Katanya, dalam tempoh setahun ini banyak kejayaan yang telah dicapai di Kedah. Antaranya projek pelaburan Widad@Langkasuka dan Litar Lumba di Langkawi yang diputuskan pada akhir 2020 tahun lepas. "Jumlah pelaburan kedua projek ini bukanlah jumlah yang sikit. Kedua-dua projek ini adalah disebabkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan. Kita mengambil sikap telus dan terbuka dalam pelaburan. Saya yakin ini yang menjadi ramuan kepada ahli perniagaan untuk mereka hadir untuk melabur di kedah," katanya. Tambahnya lagi terdapat empat projek berimpak tinggi yang sedang dijalankan di Kedah. Antaranya lima Loji Rawatan Air, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Kedah Rubber City Padang Terap dan Projek sarung tangan Hartalega. Beliau juga memaklumkan berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa lokaliti di Kedah tidak dapat dielakkan sekiranya kes mendadak naik. "Nasihat saya patuhi SOP, kerana COVID-19 ini mudah dijangkiti dan memberi kesan yang serius kepada warga emas. Saya ingin menasihatkan warga emas tidak perlu keluar dari rumah. Warga yang berumur 60 tahun ke atas ini perlu duduk di rumah kerana mereka ini adalah golongan yang berisiko tinggi. COVID-19 ini boleh membawa mati. "PKPD di Kedah tidak dapat dielakkan. Varian India yang baru ini mutasi ganas. Tidak hanya berisiko kepada warga emas, ia juga berisiko kepada orang muda. COVID-19 is real," tegas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #setahunpentadbiranMBKedah -UPDA 5/17/2021, 3:00:15 PM 

Tiada ulasan