Header Ads

test

PERUTUSAN AIDILFITRI 1442/ 2021 YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN Bismillahhirrahmaanirrahiim Assalamualaikum warahmatullahhi...


PERUTUSAN AIDILFITRI 1442/ 2021 YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN Bismillahhirrahmaanirrahiim Assalamualaikum warahmatullahhi taala wabarakaatuh Salam 'Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua' Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd. Salam Aidilfitri, selamat menyambut hari raya kepada semua rakyat Kedah yang saya kasihi. Tahun ini kali kedua kita merayakan Aidilfitri dalam suasana PKP, dengan norma baharu, dengan SOP yang menghalang kita daripada meraikan Hari Raya sebagaimana biasa sebelum pandemik COVID-19 menyerang kita. Saudara-saudari rakyat Kedah yang saya kasihi, Bukan kita tidak boleh berseronok gembira, menzahirkan kesyukuran pada hari yang mulia ini tetapi oleh kerana maslahah menjaga nyawa dan keselamatan, maka kita patuhilah SOP yang telah ditetapkan. Sekali lagi, saya memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap yang telah saya lakukan sepanjang setahun mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 'LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA' 'KITA JAGA KITA' Sekian. Wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakaatuh. YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/13/2021, 3:21:50 PM 

Tiada ulasan