Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


INTIPATI FORUM NUZUL AL-QURAN RAMADAN 1442H (30 April 2021) PANEL 1: Tuan Syeikh Yusuff Ahmad (Pegawai Khas Agama Menteri Besar) PANEL 2: Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamudden (Setiausaha Politik YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor) Tuan Syeikh Yusuff Ahmad 1. firman Allah SWT: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran (Surah al-Baqarah: 185) 2. Fenomena masyarakat tinggalkan al-Quran bukan sebab sesiapa tetapi sebab kita bersama. 3. Nenek moyang kita dahulu serba kekurangan tetapi kaya dengan ilmu, kaya dengan kemahiran membaca al-Quran. 4. Agama bukan kebudayaan tetapi cara hidup. Sekiranya ingin mengubah pemerintahan agar mengutamakan al-Quran perlulah memilih pemimpin yang cintakan al-Quran. Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamudden 1. Ada 4 perkara yang perlu dibuat oleh orang beriman dan mengaku al-Quran itu panduan. Ia dalam surah al Haj ayat 41. اَلَّذِيْنَ اِنْ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَرْضِ اَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتَوُا الزَّكٰوةَ وَاَمَرُوْا بِالْمَعْرُوْفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِۗ وَلِلّٰهِ عَاقِبَةُ الْاُمُوْرِ (Iaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. 2. Aqamussolah : mendirikan solat disini bukan sekadar bangun tunaikan solat semata-mata tetapi ada hubungan antara ruh kita dengan Allah taala setiap masa dimana sahaja. Rasa diri dipantau oleh Allah. 3. Waatauz zakah : proses pengagihan harta (kitaran) secara seimbang. Diambil daripada yang aghniya' (kaya dan berlebihan) kepada yang fuqara' (yang memerlukan). Konsepnya, hidup ini mesti fikir orang lain juga bukan diri kita sahaja. 4. Dua konsep Amar ma'ruf 'anil mungkar : konsep ini terjelma apabila konsep pertama dilaksanakan. 5. Firman Allah dalam Al Furqan ayat 30. وَقَالَ الرَّسُوْلُ يٰرَبِّ اِنَّ قَوْمِى اتَّخَذُوْا هٰذَا الْقُرْاٰنَ مَهْجُوْرًا Dan Rasul (Muhammad) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini diabaikan." 6. Tugas menghilangkan pengabaian ini juga akan terpikul kepada kerajaan. 7. Tugas kerajaan: a. Memimpin manusia: supaya rakyat menjadi hamba Allah bukan hamba harta dan kuasa. b. Membersih korupsi dalam perniagaan dan projek-projek. c. Membersih pemikiran berpolitik untuk menjadi kaya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #tazkirah #forum -UPDA 5/1/2021, 3:19:10 PM 

Tiada ulasan