Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SAMBUNGAN INTIPATI FORUM NUZUL AL-QURAN RAMADAN 1442H (30 April 2021) PANEL 3: Ustaz Hafiz Mustafa Lubis (Pengerusi Madrasah Mustafawiyah Jitra) PANEL 4: Ustaz Abdullah Din (Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Kedah) Ustaz Hafiz Mustafa Lubis 1. Bila disebut syurga perlu ketahui itu kampung asal kita. Kita sebagai pendatang yang datang ke bumi Allah dan ada permit (visa) hidup di bumi ini mengikut umur yang Allah tentukan. 2. Tiada rujukan paling tepat selain Al-Quran dan ia perlu dirujuk seluruh ayatnya bukan sebahagian sahaja. 3. Sangat rugi orang mengagungkan Rasulullah tetapi mengabaikan mukjizat nabi di tangan kita iaitu kitab Al-Quran. 4. Al-Quran boleh menaikkan dan menurunkan darjat seseorang. 5. Keluarga kita perlu dibentuk menjadi keluarga yang mencintai al-Quran dimana ibu bapa mesti boleh membaca dan mengamalkan pembacaan di rumah dalam konsep berkeluarga. 6. Pastikan kehadiran anak-anak kita ke kelas al-Quran, KAFA dan sebagainya dan sentiasa memantau prestasi anak. 7. Masjid perlu membina kariah al-Quran. Wujudkan kelas khusus al-Quran. Sekurangnya sekarang ini banyak halaqah al Mulk selepas isyak. Kini ada masjid di Kedah yang salur duit tabung masjid kepada surau-surau kariahnya agar diadakan kelas al-Quran di surau-surau. 8. Persatuan Ulama Kedah akan buat pendataan kemahiran membaca Al-Quran di seluruh negeri Kedah dan mencari solusi untuk ditangani masalah tersebut. Bersama kita jadikan Kedah negeri Al-Quran. Ustaz Abdullah Din 1. Masyarakat kita selalunya cenderung fikir diri sendiri sahaja. Kadangkala anak isteri sendiri kita tidak fikirkan. Misalnya dalam hal bawa anak isteri ke masjid misalnya. 2. Al-Quran merupakan syariat kegunaan di dunia ini. 3. Periksa anak dan cucu kita bagaimana tahap bacaan al-Quran mereka. Ramai pelajar yang bakal masuk aliran arab yang masih tidak mampu baca al-Quran, bagaimana mereka mampu kuasai subjek bahasa arab jika al-Quran tidak mampu dibaca. 4. Jika di sekolah agama ada masalah membaca al-Quran, bayangkan di sekolah aliran biasa. 5. Tanggungjawab pertama kita selepas beriman dengan al-Quran adalah perlu membaca al-Quran. 6. Subjek di sekolah makin banyak tetapi kemahiran dharuriat iaitu membaca al-Quran masih rendah dan tidak diberi penumpuan. 7. Proses memperbaiki kemahiran al-Quran dalam kalangan masyarakat selalu akan berlaku salah menyalah di antara beberapa pihak. Maka perlu semua pihak main peranan bermula dari tahap atas iaitu peringkat kerajaan. 8. Masalah utama pendidikan al-Quran adalah tidak cukup masa pembelajaran itu. Pendidikan Islam hanya 6 masa dan dibahagi kepada pelajaran cabang lain termasuk al-Quran. 90 minit seminggu belajar al-Quran di sekolah tidak mencukupi. Masa untuk talaqqi musyafahah tidak mencukupi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #tazkirah #forum -UPDA 5/1/2021, 5:00:32 PM 

Tiada ulasan