Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MENTERI BESAR RAI TENTERA DARAT ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri majlis berbuka puasa bersama Angkatan Tentera Darat Malaysia di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang Kepala Batas, semalam. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua tentera agar membuat persiapan sosial budaya secukupnya sebelum berpencen. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakan tentera yang akan bersara di usia masih muda untuk merancang betul-betul dari segi keperluan setelah berpencen. "Untuk bersiap siaga untuk keluar ke dunia awam dengan pakaian awam. Cabarannya lain daripada kehidupan dalam Angkatan Tentera," ujarnya. Hadir sama, Panglima 6 Briged Kedah, Brigedier Jeneral Khairul Anwar Abd Aziz, Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia dan anggota lain-lain Pangkat (LLP). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/1/2021, 9:00:38 PM 

Tiada ulasan