Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN TOKAI BERI SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN PENDANG – 70 keluarga menerima sumbangan RM300 khairat kematian daripada kerajaan negeri di DUN Tokai, semalam. Sumbangan ini diserahkan oleh ADUN Tokai, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tokai. "Pemberian ini merupakan sumbangan dari kerajaan negeri untuk semua DUN di negeri Kedah termasuk pembangkang. Ia melalui prosedur di peringkat negeri sebelum diserahkan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat. "Hantar surat permohonan dan kita akan proses. Jumlah sumbangan adalah RM300. Kita tak kira warna kulit, parti politik, bangsa mahupun agama. Semua kita akan bagi," ujarnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan berkata, semua rakyat perlu menjaga SOP dengan lebih ketat berikutan kes yang kian meningkat sejak kebelakangan ini. "Pakat-pakat jaga sop yang ditetapkan oleh MKN sebab kes makin meningkat, kita tak mau jadi macam negara yang kes harian mencecah belasan ribu. "Kemudian kita tak mahu wujud kluster yang melibatkan masjid seperti di tempat-tempat lain. Kita sama-sama jaga diri dan keluarga kita. Mohon doa agar Allah angkat bala ni," katanya lagi. Beliau juga menyeru semua rakyat untuk mendaftar imunisasi COVID-19 di tempat masing-masing agar membentuk imunisasi kelompok di setiap kawasan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/2/2021, 10:31:12 AM 

Tiada ulasan