Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BANTUAN COVID: 100 PENERIMA PERALATAN NIAGA DUN AYER HITAM AYER HITAM – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam menyerahkan sumbangan peralatan perniagaan yang bernilai RM350 kepada 30 penerima. Sumbangan daripada kerajaan negeri ini disampaikan oleh ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim di Pejabat PKWR, semalam. Seramai 100 penerima di setiap DUN terpilih menerima sumbangan ini dan hanya 30 orang sahaja yang dipanggil ke majlis penyerahan berikutan dengan SOP yang ditetapkan. Hadir sama, Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar. Sumbangan peralatan perniagaan daripada kerajaan negeri Kedah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 Juta untuk diagihkan kepada 3600 peniaga-peniaga yang layak seluruh negeri Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/3/2021, 10:20:46 AM 

Tiada ulasan