Header Ads

test

MB SERU PATUH SOP Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi Prosedur Oper...


MB SERU PATUH SOP Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Mengikut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negeri Kedah menunjukkan peningkatan lima hari berturut-turut dengan 100 kes ke atas. Pematuhan SOP di kawasan tumpuan ramai penting terutama di bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi mengelakkan daripada dikompaun. ''Saya merayu orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN terutama di kawasan tumpuan orang ramai di bazar Ramadan dan Aidilfitri. "Semalam seorang penganjur bazar Ramadan di Seberang Perai Pulau Pinang dikompaun RM20 ribu kerana gagal patuh SOP,"ujar Muhammad Sanusi. Katanya sehingga kini, semua bazar Ramadan di Kedah dibenarkan beroperasi dengan SOP yang diperketatkan. Tambah beliau, jika berlaku pelanggaran SOP, penutupan bazar tidak dapat dielakkan lagi. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MBKedah #LindungDiriLindungSemua #kitajagakitaAllahjagakita -UPDA 5/2/2021, 10:04:33 PM 

Tiada ulasan