Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


INTIPATI KULIAH DHUHA RAMADHAN 1442 (9 Mei 2021) Penyampai: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden 1. Hari ini Jumaat sayyidul ayyam dan hari ini pula Jumaat dalam bulan Ramadhan yang amat mulia. Ini adalah Jumaat terakhir dalam Ramadhan tahun ini. 2. Ada kematian berlaku pada hari Jumaat Ramadan yang dicemburui antaranya pemergian YB Md Yusnan meninggal dunia pada 30 April 2021, jam 2.28 pagi Jumaat di kediamannya di Melor, Kota Bharu. 3. Pemergian 53 anak kapal selam KRI Naggala, TNI juga berlaku dalam bulan Ramadan. 4. Banyak Ibrah daripada Ramadan dan kaitan dengan sekeliling kita. 5. Hasil utama yang kita perolehi adalah at-taqwa. Inilah tujuan utama penciptaan khalifah di muka bumi. 6. Taqwa untuk menunaikan tugas sebagai hamba kepada Allah. 7. Taqwa untuk tugas mengurus manusia dan alam sekitar menurut kehendak Allah. 8. Taqwa untuk tugas mengimarah bumi 9. Lagi tinggi pangkat, makin rapat hubungan dengan Allah bukan sebaliknya. 10. Aktiviti anjuran negeri dan kerajaan mesti mendekatkan kita dengan Allah. 11. Sehari dua ini masyarakat ramai menghentam mufti dan hingga tahap memaki hamun mufti. 12. Apabila sebut تتقون لعلكم perlu kita lihat di mana tahap prestai kita yang Kita capai. 13. 5 tahap itu adalah Muslim, Mukmin, Mukhlisin, Muhsinin, Muttaqin. Tahap muttaqin adalah tertinggi. 14. 5 tahap ini adalah KPI dalam kehidupan kita di tempat kerja, di rumah dll.. 15. Pensyariatan zakat. Satu konsep ekonomi mengagih harta kepada orang yang memerlukan. Satu kitaran ekonomi Islam. 16. Jika zakat diagih kepada asnaf yang ditetap agama, percukaian juga diiktiraf agama untuk diagih ekonomi kepada rakyat dan ia mengikuti dharuriat khas agar dana diagih mengikut keutamaan yang diutama oleh Islam. 17. Ramadan mengajar kita menjaga hubungan dengan semua pihak. 18. Selain bab puasa, bab sirah juga perlu diulang pada bulan Ramadhan. 19. Banyak berlaku peperangan yang melibatkan umat Islam pada bulan Ramadan dan yang terutama adalah kisah Perang Badar. 20. Konsep keberkatan rezeki adalah subjek yang perlu kita perhalusi. 21. Para penguatkuasa misalnya melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan kepentingan awam, jangan sesekali kita bersama mengikut tindakan mengherdik mereka. Cermatlah dalam berkata-kata. Hashtag #kita jaga kita bukan bermakna kita hanya fikir diri kita hingga tidak memahami orang lain. 22. Segala bala bencana dan wabak yang mencapai setahun ini (cukup panjang) meletihkan dan ada benda sangat besar yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Renungkan setiap hari mungkin ada dosa kita yang masih banyak dan umur dunia juga semakin singkat. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/9/2021, 9:08:03 PM 

Tiada ulasan