Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pakat-pakat kita jaga SOP yang ditetapkan PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim menyampaikan sumbangan bekalan Ramadan kepada lima warga emas di Kampung Sungai Baru, Jenun, baru-baru ini. Beliau kemudiannya menghadiri Program Semarak Ihya' Ramadhan dan memimpin solat isyak di Masjid Al-Munira, Pokok Tai. "Pakat-pakat kita jaga SOP yang ditetapkan dan jangan lupa untuk daftar vaksin. Tanya ahli-ahli dalam bidang perubatan, jangan duk dengar cakap-cakap orang", pesan beliau di dalam ucapannya. Beliau juga sarankan kepada pegawai masjid untuk membuat permohonan peruntukan kemudahan dan program-program keagamaan di masjid. Hadir sama, Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Pendang, Saiful Syazwan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Baru, Ismail Ahmad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/5/2021, 11:30:16 AM 

Tiada ulasan