Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


VOLVO MILIK MB DIBIDA RM150 RIBU UNTUK SUMBANGAN PALESTIN ALOR SETAR - Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusop memenangi bidaan kereta jenis Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) milik Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dengan nilai sebanyak RM150 ribu. Hasil daripada bidaan ini akan terus dimasukkan kepada Pertubuhan Kemanusiaan PASRelief bagi membantu rakyat Palestin. "Saya jangka bidaan ini RM70 ribu atau RM80 ribu sahaja, Alhamdulillah pagi tadi ada persaingan. Daripada semalam makin naik dan naik," ujarnya. Katanya, bidaan ini merupakan salah satu inisiatif dalam mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin. Maklum beliau lagi, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan kepada tabung #Aid4Palestine sebanyak RM200 ribu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #aid4palestine -UPDA 5/18/2021, 7:03:36 PM 

Tiada ulasan