Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


250 KELUARGA DIKUARANTIN TERIMA BANTUAN MAKANAN BALING - Seramai 250 keluarga yang dikenakan kuarantin di rumah terima sumbangan. ADUN Bayu, YB Nasir Idris berkata, dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sumbangan tetap berjalan seperti biasa. "Apakah daya kita, ancaman penularan pandemik COVID-19 telah menjauhkan kita. Tetapi ingatan kepada semua dan memahami kepayahan saudara tetap ada dan kita rasai. "Mohon maaf jika sikit sumbangan dari wakil-wakil saya sekadar diletakkan di tangga, di muka pintu, di atas pagar dan seumpamanya. Kena ikut SOP yang ditetapkan," katanya di pautan Facebook miliknya semalam. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/26/2021, 5:02:53 PM 

Tiada ulasan