Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI TAWAR TANGGUH BAYARAN SEBULAN PREMIS PERNIAGAAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersetuju memberikan penangguhan b...


KERAJAAN NEGERI TAWAR TANGGUH BAYARAN SEBULAN PREMIS PERNIAGAAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersetuju memberikan penangguhan bayaran selama sebulan kepada penyewa premis perniagaan atau kediaman milik kerajaan. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata penangguhan ini bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Penangguhan ini dijangka memberi kesan kepada kewangan kerajaan negeri sebanyak RM500 ribu. "Kerajaan negeri turut menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil sehingga RM5000 setiap peminjam," katanya pada sidang media secara atas talian, hari ini. Tambahnya lagi, peruntukan khas sebanyak RM10 ribu setiap Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) disediakan bagi pengurusan operasi dan penyediaan makanan petugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang -UPDA 6/1/2021, 9:00:57 AM 

Tiada ulasan