Header Ads

test

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil...


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan pihak pemerintah. Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah dari Madrasah Takwiyatul Islamiah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah turut sama menyahut seruan kerajaan bagi menerima suntikan vaksin. Renungi firman Allah dari Surah Al - Baqarah ayat 195 yang bermaksud, "Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan." Pastikan anda telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin. Bagi yang sudah mendapat tarikh temu janji, pastikan anda hadir untuk terima suntikan vaksin. Jangan percaya khabar angin dan maklumat tidak benar berkaitan vaksinasi. #BantuKedahMenang #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #BantuKedahMenang -UPDA 6/5/2021, 8:39:49 PM 

Tiada ulasan