Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB LAWAT PUSAT PKRC DEWAN AL-FARABI ALOR SETAR- Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor melawat Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah di Jalan Stadium, Alor Setar. YAB Menteri Besar, diberi taklimat operasi oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Fikri Ujang. Dewan Al-Farabi ini akan digunakan sebagai PKRC sementara menunggu pembaikan Dewan Wawasan di Jitra dan dapat menempatkan lebih 40 katil pesakit Covid-19. "Kita pakat-pakat jaga, putuskan rantaian, kurangkan kes. ''Jika kes kurang, tak perlu lagi pusat-pusat baru dibuka dan mutu khidmat rawatan juga sentiasa dalam rating tinggi," ujar Muhammad Sanusi. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) Dato Syed Shaharuddin Syed Abdullah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Farique Rizal Abdul Hamid. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #BantuKedahMenang #patuhSOP -UPDA 6/7/2021, 1:12:40 PM 

Tiada ulasan