Header Ads

test

SALAH FAHAM ISU PROSES PENEBANGAN BALAK


Perlu dijelaskan supaya salah faham yang seperti ini tidak terus disebarkan. Saya terpaksa terang lagi walaupun sudah beberapa kali diterangkan.

Dalam proses penebangan balak, ada 2 peringkat kelulusan iaitu

1. Kelulusan kawasan membalak 

2. Pengeluaran Lesen Pembalakan atau Tebangan (membenarkan penebangan pokok).

Dari segi jangka masa, setelah kelulusan No. 1 diberikan, ia ambil masa sampai bertahun tahun untuk Lesen No. 2 pula dikeluarkan.

Selepas mendapat kelulusan No. 1 operator akan menjalankan beberapa proses kerja seperti membayar premium, penandaan sempadan dan penandaan pokok serta pelbagai kerja kerja lain yang bersangkutan.

Yang dimaksudkan Kerajaan Negeri Kedah bawah pentadbiran Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor tidak pernah mengeluarkan lesen pembalakan baharu sejak 17 Mei 2020 merujuk pada kelulusan kawasan membalak. Tidak ada kelulusan kawasan membalak diberikan kepada mana mana pihak sejak tarikh itu.

Ini kerana jangka masa diperlukan untuk menghabiskan  pengeluaran di kawasan yang sedia ada (dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini) pun memerlukan masa 18 tahun lagi.

Bagi tempoh Rancangan Malaysia ke 12 (2021-2025) Kedah diluluskan Catuan Tebangan Tahunan 4,200 hektar sahaja atau terhad 4,200 hektar sahaja balak boleh ditebang dalam tempoh setahun.

Papan tanda dalam gambar ini bukan nombor lesen atau kelulusan kawasan membalak (yang tidak pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sekarang) tetapi lesen tebangan.
 
Lesen tebangan memang dikeluarkan bawah pentadbiran kerajaan sekarang (atau semasa) untuk balak dalam kawasan yang telah diluluskan, ditebang dan dikeluarkan.

Lesen tebangan tidak boleh tidak diberikan kerana operator balak telah mendapat permit atau konsesi untuk membalak dalam kompartmen yang berkenaan.

Kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melarang operator menebang balak dalam kawasan yang mereka telah diberikan konsesi atau  kebenaran.

Catatan Setiausaha Akhbar Menteri Besar: Muhamad Mat Yakim

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MediaMBKedah
#isubalak 

Tiada ulasan