Header Ads

test

WANITA KAYUH BASIKAL SARA KELUARGA DAPAT PERHATIAN MB


WANITA KAYUH BASIKAL SARA KELUARGA DAPAT PERHATIAN MB

KUALA KEDAH - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi keluarga Halim Bakar, 54, yang disahkan menghidap kanser limfoma 29 Mac lalu di Kampung Tengah, Kuala Kedah.

Menurut YAB Sanusi, maklumat ini diketahui melalui siaran berita Astro Awani yang menyiarkan kisah kegigihan Zurina Md Zain.

Tanggungjawab menyara keluarga telah diambil alih oleh Zurina semenjak suaminya sakit.

Zurina bekerja mengambil upah membeli dan menghantar barang yang dipesan penduduk sekitar dengan hanya mengayuh basikal.

“Kak ada motor dak? Kesian kak nak kena kayuh tiap-tiap hari,''ujar Muhammad Sanusi.

Mengulas lanjut, Zurina berkata, dia tidak pandai menunggang motorsikal dan tiada lesen.

Menteri Besar turut meluangkan masa menyantuni keluarga Zurina sambil melihat keadaan rumah yang agak keuzuran.

“Tara saya ni boleh naik dak tingkat atas rumah ni?” Tanya Haji Sanusi sambil bangun dan minta izin untuk melihat sendiri lantai bahagian atas yang diceritakan sudah reput.

''InsyaAllah, pejabat MB akan menyediakan sedikit sumbangan untuk membaiki lantai dan dinding kediaman mereka,''katanya.

Muhammad Sanusi turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan rawatan dan perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Turut hadir pada waktu yang sama adalah petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Kedah, Dr. Fazlin Suhana Othman yang memeriksa keadaan semasa Halim.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MediaMBKedah
#MBKedah
#PrihatinRakyat

Tiada ulasan