Header Ads

test

PERKHIDMATAN JALUR LEBAR DINAIK TARAF KEPADA 4G SEBELUM 2022


PERKHIDMATAN JALUR LEBAR DINAIK TARAF KEPADA 4G SEBELUM 2022

ALOR SETAR - Perkhidmatan jalur lebar mudah alih akan dinaik taraf kepada 4G bagi memberi peluang kepada semua rakyat menikmati penggunaan internet di seluruh negeri Kedah. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salim berkata sebanyak 270 lokasi masih tidak mendapat capaian internet. Sebanyak 88 menara telekomunikasi dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2022 bagi fasa pertama pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

"Di Kedah kita telah dapat 107 menara jalur lebar keseluruhannya. Semua talian mesti dinaik taraf hingga ke 4G sebelum 2022. Apabila di naik taraf kepada 4G, saya berkeyakinan sistem jalur lebar ini akan dinikmati oleh semua rakyat," ujar beliau ketika siaran langsung Wacana Bicara Rakyat di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).

Pensyarah Kanan Ekonomi Politik Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi berkata usaha Kedah dalam melaksanakan slogan "Kedah Sejahtera Berdaya Huni 2035" telah menampakkan hasil selangkah ke hadapan. 

"Apabila adanya projek-projek yang masuk seperti projek RM43 bilion. Ini merupakan perkembangan yang baik kepada kerajaan negeri Kedah untuk memastikan semua projek yang dilakukan ini terlaksana dengan baik," ujarnya. 

Beliau yang menjadi panel bersama YB Romani yakin Kedah akan menjadi seperti Lembah Klang berikutan dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

"Saya melihat usaha Menteri Besar Kedah ini luar biasa. Beliau turun padang ke sana ke sini. Akhir-akhir ini kita tengok beliau turun dari rumah ke rumah melawat bagi membantu beberapa keluarga yang ditimpa kesusahan.

"Ini gambaran jelas bahawa Menteri Besar Kedah seorang yang agak laju membuat kerja. Keadaan ini menyebabkan semua pihak dapat menerima hasil dan manfaat daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah," katanya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan