TIMBALAN SPEAKER ZIARAH MANGSA RIBUT
TIMBALAN SPEAKER ZIARAH MANGSA RIBUT
SUNGAI PETANI- Timbalan Speaker negeri Kedah, YB Ustaz Haji Ahmad Fadzli Hashim menziarahi keluarga mangsa bencana ribut di sekitar kawasan Sidam Kiri, Sungai Petani semalam.
Difahamkan sebanyak 28 buah keluarga terlibat dalam bencana yg berlaku pada jam 1.30 petang kelmarin.
Dalam lawatan tersebut, Ustaz Fadzli Hashim turut menyampaikan sumbangan pek makanan dan wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung.
“Saya berharap agar semua keluarga mangsa bencana ini tabah menghadapi ujian”, ujar Ustaz Fadzli yang juga merupakan ADUN Pantai Merdeka.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#PrihatinRakyat
Post a Comment