Header Ads

test

TONGGAK KELUARGA PEROLEH MUMTAZ DALAM STAM


TONGGAK KELUARGA PEROLEH MUMTAZ DALAM STAM

BAYU - Adun Bayu, YB Nasir Idris menziarahi pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Farahieda Ahmad Fakir di Kampung Teluk Temelah Bongor petang tadi.

Farahieda yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama An Najah Sungai Limau, Baling memperoleh 10A (Mumtaz) dalam peperiksaan yang diumumkan semalam.

Walaupun memperoleh keputusan yang cemerlang, dia berasa amat sedih kerana tidak dapat berkongsi kejayaan dengan ibunya.

Ibu Farahieda, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya ketika menghantarnya ke sekolah Oktober tahun lalu.

Farahieda perlu menggalas tanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik adik-adik selain membahagi masa untuk pelajarannya.

“Sebagai anak sulung, sayalah jadi ibu kepada adik adik maka terpaksalah saya kena bijak membahagikan masa untuk menguruskan keluarga dan pelajaran.

“Saya bercita-cita untuk menjadi peguam syarie suatu hari nanti,” ujar Farahieda kepada ADUN Bayu, Nasir Idris.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan