Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PATUHI SOP BAGI PUTUSKAN RANTAIAN VARIAN AFRIKA SELATAN DALAM KOMUNITI KUALA MUDA - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menggesa rakyat untuk tidak keluar rumah kecuali atas urusan penting bagi memutuskan rantaian COVID-19. Saranan tersebut berikutan penemuan beberapa kes dari varian baru yang pesakitnya tidak mempunyai gejala dan sedang merebak dalam komuniti. Katanya, terdapat tujuh kes dikesan di Kota Setar melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351 dalam Kluster Bayan Cenderawasih dan satu kes saringan bergejala. Beliau berkata demikian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kenanga, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), hari ini. "Apabila kita dapat kesan varian ini, tentu ada lagi dalam komuniti. Jadi saya harap penduduk yang telah diberi peringatan untuk kekal duduk dalam rumah, duduklah di rumah. Patuhlah SOP PKP ini, tidak perlu keluar kerana di luar sana ada bahaya," tegasnya. Jelasnya lagi, jika ada penduduk yang memerlukan sumber makanan boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah masing-masing. "Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) berpindah ke PKOB kerana dengan SOP MKN ini, semua PKWR tidak boleh dibuka. Semua beroperasi di PKOB," tambahnya lagi. Beliau juga menasihati kepada semua penerima vaksin untuk hadir ke PPV pada waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan berlaku. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang -UPDA 6/2/2021, 10:27:22 PM 

Tiada ulasan