Header Ads

test

KPLB TAWAR PELBAGAI INISIATIF BANTU WARGA LUAR BANDAR


KPLB TAWAR PELBAGAI INISIATIF BANTU WARGA LUAR BANDAR 

MERBAU PULAS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil inisiatif memberi kelonggaran pengecualian bayaran premis perniagaan, rumah sewa, bayaran sewa tanah, penangguhan bayaran balik pinjaman dan memperluaskan program keusahawanan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan, dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, enam agensi yang terlibat adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Di Kedah, kita telah melaksanakan penangguhan bayaran wang caruman pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) apabila sesi PdPR berlangsung. Bayaran caruman perlu dibayar semula apabila sesi persekolahan dibuka. Inisiatif ini melibatkan enam MRSM di Kedah.

“MARA juga memberi insentif skim pinjaman komputer kepada 526 pelajar dengan hanya bayaran pinjaman serendah RM40 sebulan. Ini memang diberi untuk kemudahan pelajar,” ujar beliau ketika sesi Bicara Hello YB di siaran radio Langkawi FM, hari ini.

Katanya, seramai 83 peserta dari negeri ini menyertai Seminar High Impact Motivation untuk bangkit mendepani cabaran norma baharu akibat pandemik COVID-19 ini.

“Saya amat berharap pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat memainkan peranan dalam masyarakat luar bandar membantu pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau menggunakan prasarana yang ada terutamanya orang Langkawi kerana sektor pelancongan akan dibuka tidak lama lagi,” jelasnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#BantuKedahMenang

Tiada ulasan