Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


𝐒𝐎𝐏 𝐏𝐊𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈: 𝟑𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟏 Antara intipati utama SOP PKPD Kota Setar ialah: 1. Satu (1) orang wakil dari setiap rumah untuk membeli barang keperluan di kedai runcit dalam kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman. 2. Kapasiti satu (1) orang sahaja bagi setiap kenderaan persendirian (semua jenis). Lebihan penumpang tertakluk kepada pertimbangan PDRM berdasarkan "case to case basis". 3. Maksimum dua (2) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan dan vaksinasi dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman. 4. Mana-mana individu yang tinggal di dalam kawasan PKPD dan perlu bertugas di luar kawasan PKPD (pekerja essential services sahaja); perlu menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu. 5. Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan beroperasi. Had masa operasi adalah bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam. 6. Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang. 7. Pasar Segar Terkawal (PST) TIDAK DIBENARKAN. 8. Pasar borong DIBENARKAN beroperasi dari jam 12.01 tengah malam sehingga 6.00 pagi. 9. Pusat Asuhan/Jagaan kanak-kanak, tabika, taska, tadika swasta DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian atau Agensi berkaitan. 10. Kapasiti perkhidmatan awam terhad kepada 20% bagi tugasan perlu (tidak termasuk frontliners, anggota keselamatan dan pertahanan) dan 100% secara Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi bukan perkhidmatan perlu. 11. Sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%. 12. Aktiviti agama Islam dibenarkan dengan kehadiran jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Kemaskini 20 Mei 2021: Terhad kepada lima (5) orang jemaah di kalangan Pegawai Masjid dan AJK Kariah. Solat Jumaat digantikan dengan solat fardu. 13. Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN. 14. Semua institusi pendidikan DITUTUP sepanjang PKPD. 15. Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman DIBENARKAN terhad kepada operasi yang dibenarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sahaja. 16. "Bekalan Alat Tulis, Buku dan Fotokopi" dikeluarkan daripada Senarai Perkhidmatan Perlu (Essential Services) bagi SOP PKPD Kota Setar, selaras dengan SOP Am PKP berkuatkuasa 1 Jun 2021. Sumber: Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah -UPDA 6/1/2021, 4:04:19 PM 

Tiada ulasan