Header Ads

test

BANTUAN KHAS 2767 KELUARGA TERLIBAT PELANJUTAN PKPD KUALA MUDA


BANTUAN KHAS 2767 KELUARGA TERLIBAT PELANJUTAN PKPD KUALA MUDA

ALOR SETAR- Kerajaan Negeri Kedah memperuntukan sebanyak RM373,545.00 bagi menyediakan bantuan khas kepada 2,767 keluarga yang terjejas dengan PKPD Daerah Kuala Muda.   

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan media, hari ini.

Peruntukan bantuan khas tersebut akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan makanan basah iaitu 2 ekor ayam, 2 kilogram ikan, telur dan sayur-sayuran.

Tambah Haji Sanusi, agihan akan segera mulai esok dan diedar oleh petugas Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Tindakan segera ini bagi membantu kebanyakan keluarga yang kemungkinan terputus bekalan makanan dan wang.

Ia berikutan penduduk telah menjalani PKPD selama 2 minggu dan terkini dilanjutkan sehingga 1 Ogos.

"Selepas dua minggu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mereka telah kehabisan bekalan wang tunai.

"Ini menimbulkan masalah untuk membeli keperluan selain daripada makanan yang dibekalkan melalui bakul makanan PKOB," ujar Menteri Besar.

Agihan bantuan khas ini melibatkan penduduk di Kampung Sireh, Taman Bandar Baru, Taman Cahaya dan Lembah Permai PKNK.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelanjutan tempoh PKPD bagi tiga lokaliti di Daerah Kuala Muda.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#kebajikan
#covid19 

Tiada ulasan