Header Ads

test

VAKSINASI DI KEDAH DIPERTINGKAT


VAKSINASI DI KEDAH DIPERTINGKAT

Ringkasan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri Kedah (JKKN). 

Bagi menangani peningkatan kes positif Covid-19 yang kian membimbangkan di Kedah, mesyuarat mingguan Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Kedah telah mengambil beberapa langkah, antaranya seperti berikut:

1. Memohon kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) satu kawasan tapak bina di daerah Pendang

2. Kawalan dan operasi vaksinasi khas ke atas Bukit Malut dan Pulau Tuba, Langkawi bersesuaian dengan keadaan lokasi dan penduduk setempat. Semua agensi berkaitan akan digerakkan.

3. Kerajaan Negeri Kedah akan membekalkan 200 unit Oximeter (alat mengukur kandungan oksigen dalam darah) kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk kegunaan pesakit Covid-19 tahap 1 dan 2 yang dirawat di rumah.

4. Kerajaan akan membuka satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkapasiti besar (PPV mega) di Sungai Petani seberapa segera. 

5. Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pekerja Industri di Sungai Petani akan mula beroperasi di Kilang Minebea pada 26 Julai 2021. Satu lagi PIKAS akan dibuka di Kubang Pasu.

6. Pusat Khas Rawatan Covid (PKRC) di Dewan Wawasan Jitra akan mula beroperasi selepas 8 Ogos 2021 setelah kerja-kerja baikpulih selesai.

7. PPV baru akan dibuka di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) untuk daerah Baling minggu depan.

8. PPV Padang Serai telah mula beroperasi untuk mengendalikan proses vaksinasi bagi daerah Kulim, membantu PPV sedia ada yang telah beroperasi sebelum ini. 

9. Proses vaksinasi bergerak (outreach) akan digerakkan di semua daerah yang memerlukan pendekatan tersebut dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah.

10. Pendaftaran penerima vaksin melalui MySejahtera dan kaedah-kaedah lain akan dipergiatkan lagi selari dengan penerimaan bekalan vaksin daripada MOSTI yang telah meningkat.

11. Kedah akan menerima bekalan vaksin dalam kapasiti lebih besar pada minggu depan selari dengan peningkatan kes positif agar proses vaksinasi dapat dipercepatkan.

12. Lebihan vaksin dari PPV daerah Langkawi akan dibawa ke tanah besar.

13. Kerajaan Negeri akan membiayai operasi khas kuarantin dan rawatan pesakit Covid di Stesen Kuarantin Covid-19 Institut Aminuddin Baki (IAB) Jitra bagi menangani kes-kes khas.

YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19 

Tiada ulasan