Header Ads

test

KEDAH TAMBAH JUMLAH BAKUL MAKANAN PKP 3.0


KEDAH TAMBAH JUMLAH BAKUL MAKANAN PKP 3.0

ALOR SETAR – Semua PKOB bakal menerima penambahan 2000 bakul makanan dan 3000 bakul makanan bagi Daerah Kuala Muda bagi fasa dua, Julai ini. Bermula 1 Jun lalu, semua PKOB telah menerima 2000 bakul makanan dan peruntukan RM50 ribu bagi keperluan khas.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi kenyataan media mesyuarat exco, Rabu lalu.

Menurutnya, kerajaan Negeri Kedah menyalurkan keseluruhan RM26,798,915 sejak Mei 2020 hingga Jun 2021 bagi tujuan menghadapi pandemik COVID-19. Bagi tempoh Mei hingga Disember 2020, RM10,763,615.00 telah dibelanjakan manakala Januari hingga Jun 2021 sebanyak RM16,035,300.00.

Pihaknya memaklumkan urusan permohonan dan agihan bakul makanan kini mudah dan pantas dengan tindakan bersepadu oleh setiap PKOB dan wakil-wakil rakyat kerajaan melalui pusat khidmat masing-masing.

Dalam perkembangan yang sama, mesyuarat exco turut mengesahkan penyaluran bantuan khas bernilai RM20,000 bagi PKPD Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim yang berkuat kuasa bermula 26 Jun hingga 9 Julai 2021.

“Mengesahkan bantuan khas sempena sebanyak RM20,000 (RM10,000 diserahkan kepada PKOB Kulim dan RM10,000 diserahkan kepada Politeknik) sebagai bantuan makanan kering kepada pelajar dan kakitangan yang dikenakan PKPD,” ujar beliau dalam kenyataan media mesyuarat exco kerajaan Negeri Kedah.

Bagi peniaga yang terjejas, sewaan premis perniagaan di bawah Pihak berkuasa Tempatan (PBT) turut diberikan diskaun bagi meringankan beban peniaga.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19
#kebajikan 

Tiada ulasan