Header Ads

test

SISTEM I-UJKT SINGKATKAN 75 PERATUS TEMPOH PERMOHOHAN


SISTEM I-UJKT SINGKATKAN 75 PERATUS TEMPOH PERMOHOHAN

ALOR SETAR – Kedah bakal mengguna pakai sistem Ubah Jenis Kegunaan Tanah (I-UJKT) bagi permohonan pecah sempadan, penyerahan balik dan pemberi milikan semula tanah.

Melalui penggunaan gabungan sistem manual dan digital atas talian ini dijangka mampu memendekkan tempoh proses permohonan sehingga 75% iaitu hanya 45 hingga 135 hari sahaja berbanding tempoh sebelumnya.

YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor mengumumkan perkara tersebut menerusi kenyataan media Rabu lalu selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah secara atas talian.

Sistem i-UJKT dibangunkan dengan menepati kehendak undang-undang ([Akta 56] KTN 1965, [Akta 172] - Akta Perancang bandar dan Desa 1972 dan [Akta 133] Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. 

Kaedah permohonan secara hybrid iaitu melalui sistem i-UJKT dan penggunaan borang permohonan seperti ketetapan Jadual Ke-10 KTN 1965.

Langkah ini dapat membantu pengguna menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah kenaikan kos oleh pemaju yang akibatnya membebankan pembeli.

Penyelesaian ini dapat mengelakkan berlakunya permohonan yang berlarutan dalam tempoh lama yang boleh menjangkau 4 tahun.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#i-UJKT

Tiada ulasan