Header Ads

test

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Kedah dengan kerjasama Invest Kedah Berhad sedang mengumpul data-data bagi ...


Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Kedah dengan kerjasama Invest Kedah Berhad sedang mengumpul data-data bagi mengenalpasti pihak pemain-pemain industri di Negeri Kedah yang berminat untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 bagi para pekerja. Kos vaksin akan diberikan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia TETAPI pihak syarikat perlu menanggung kos pentadbiran yang dianggarkan berjumlah RM90 seorang bagi 2 dos vaksin. Objektif utama program ini diadakan ialah bagi mempercepatkan imuniti kelompok di kalangan pekerja sektor industri dan sekaligus membina daya tahan syarikat bagi membolehkan pengoperasian sewaktu penularan pandemik covid-19. 

Data-data yang dikumpul akan dihantar kepada pihak MITI bagi tujuan tempahan bilangan vaksin yang diperlukan untuk program PIKAS yang akan diadakan dalam masa terdekat. Oleh yang demikian, pihak Sekretariat berharap agar pengilang-pengilang di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat mengisi borang kajian ini bagi tujuan perancangan awal Sekretariat. Sekiranya program ini diadakan kelak, pihak Sekretariat akan memberikan keutamaan kepada syarikat yang telah  melengkapkan kajian ini terlebih dahulu sebelum dibuka kepada syarikat-syarikat lain. 

Borang kajian boleh diisi melalui pautan berikut:
https://forms.gle/yKqCh7tZy6cdaFBH9 

Sekian, untuk makluman dan sebaran. 

Sekretariat Vaksin untuk Industri Negeri Kedah 

Sumber: Invest Kedah

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#InvestKedah
#Kedah
#pikas
#vaksin
#covid19 

Tiada ulasan